Ketiadaan entri baru..


Assalamualaikum..

Ketiadaan entri baru disebabkan masa lapang saya agak terhad. *Cewahhh ayat hahaha. Dramatik sikit.

Dah berapa lama tak singgah kesini. BERHABUK HABIS! Dah berapa lama tak update blog ney haaa. Tak terajin lagi untuk berfikir dan menaip. Semua dah macam tunggang langgang... Alahai! Ok, perlahan perlahan aku cuba rapatkan diri balik dgn blog. Hahaha

Disini aku ditemani Boboy yang masih lagi membuta. Barangkali sungguh lena tidur didalam suasana bilik yang dipasang penghawa dingin. #FACT Kucing akan tidur selama 16jam dalam sehari. *iklan sebentar Patut laa kuat tidur sangat, tengok laa badan pulak. Makin gebu haaa! Hahaha, kucing kucing kesayangan akan jadi mangsa usikkan aku. Muahahaha!

Sekarang masa lapang aku makin berkurangan. Demi menuju kejayaan, tiada masalah. Yeahhh! *agak sedikit mengada disitu. Hahaha

Seriously, rindu nak berblogging mcm dulu. Tp apakan daya, masa menghalang. *malas pun ada ney. Nak menaip sesuatu, otak kena banyak berfikir. *Sebab tuh aku akan termenung bila tgh menulis, tandanya aku tgh berfikir.

Lepas ney, aku akan sentiasa berblogging. Yeahhh! Pengaruh dari blogger blogger lain yang asyik duk update blog. Siapa tak jelessss...



Sekian.


P/S : Dari mula aku menaip hingga aku habis menaip, Boboy masih lagi membuta.. Err



Agak sedikit menyampah..!


Awak nak saya ambik hati awak , jaga hati awak kan. Bila saya da buat, awak tak appreciate langsung tahu. 

Saya call, awak angkat tapi awak cakap awak sibuk. Ok saya faham..

Saya text awak, awak tak balas. Saya sabar lagi..

Saya chat awak, awak reply then awak senyap. Hm...

Awak nak saya jaga hati awak, tapi macam mana dengan hati saya? Hm agak sedikit menyampah disitu! 

Sekian.

Tak perlu dihargai pun :')



Dear awak ,

Saya tak perlu untuk rasa dihargai kalau awak tak nak hargai saya . Walaupun saya sangat terasa tapi saya tahan daripada sedih dari hati saya yang saya nak lepaskan ni . Saya tak nak tunjuk yang saya lemah . Saya da move on , da move on pun .

Saya cuma caring tentang awak jee . Salah ke awak ? But at the end , awak unfollow twitter saya . Saya tak tahu kenapa dengan awak . Benci sangat ke awak kat saya ? Jahat sangat ke kalau saya caring tentang awak ? Tak apaa awak saya faham kalau saya tak bermakna pun untuk awak .


Perasaan saya kat awak da tak sama macam dulu . Saya cuma ambil berat pasal awak sebab awak pernah jadi sebahagian dari hidup saya :')

Saya memang masih sayang dan cintakan awak dari dulu tapi saya da boleh bahagia tanpa awak . Saya tak perlukan awak lagi . Awak jangan risau , saya dah lepaskan awak . Dan saya tak akan cari awak balik . Berat hati saya nak lepaskan awak tapi saya tahu awak akan lebih bahagia tanpa saya :')




Mengharungi hari dengan tabah .






Yeaaaa ! Aku akan mengharungi hari aku dengan tabah , cuba untuk senyum setiap detik . Aku sedar aku belum keseorangan , aku dikelilingi orang yang menyanyangi dan aku sentiasa ada Allah disisi aku . Mungkin akan ambil masa yang lama untuk aku bangkit dari mimpi aku sendiri . Tapi aku akan tetap berusaha untuk move on dari segala keperitan yang aku alami sekarang .


Nampak sangat kan kata kata aku macam orang sedih je . *Yeke ? Mungkin aku kot perasan sendiri , hikhik . Pagi pagi ni tetiba aku rasa sedih semacam je . Aku da kehilangan untuk selamanya sesuatu yang aku setia hargai selama ini . Aku tak sangka semua tu akan terjadi , mungkin itu yang terbaik untuk kebahagiaan aku . Dan aku biarkan semua tu pergi . Aku tak akan cari kembali apa yang telah hilang . Mungkin sampai disini saja harapan aku . Aku akan teruskan hidup aku tanpa menunggu dia lagi . 

" Sekali dia pergi , biarkan dia pergi untuk selamanya . "


Hari pertama Tahun 2013


Cehh amende hari pertamanya , hari ni hari kedua dah okayyy ! Ehh bangun tidur tak lagi tuh . Tanya soalan macam tuh kat aku, nah penyepak dekat muka aku bagi . Hahaha sakit ? Terketar aku hapdate blog ni yelaa dah lama sangat tak mencurahkan idea idea . Alaa bukan budak sekolah dah katakan . Hikhik , tapi takpe lagu diamonds daripada Rihanna bagi ilham sikit dekat aku . Ilham amende , aku sendiri tak tahu . Hahaha spoil betul . Ni laa kali pertama aku update blogggggg untuk tahun 2013 . Jelesss dekat blogger blogger lain update blog tahun baru , aku nak jugak . Kahkahkah . Sometimes aku lupa dah tahun baru . Alaaa buat buat lupa je pun padahal , nak cover umur dah makin tua . Hahaha . Malunya nak sebut umur aku lapanbelas tahun , tua sangat . Sakainyaaaa -,- Double err gituuu ~ Nasib baik tak berkedut lagi , hikhik .

Budak sekolah pun dah mula sekolah balik . Untuk adik adik , belajar rajin rajin , jadi laa macam kakak ni , hari hari pergi sekolah dulu .Rajin kan ? Hahaha bangga diri nampak . Dekat twitter pun penuh budak - budak bercerita hal sekolah . Teringat pulak zaman sekolah aku dulu . Cehh bunyi macam dah lama sangat zaman sekolah aku tuh . Teringat ? Ingat je pun , malas lah nak rindu . Nak rasa nikmat dulu macam mana dah tak sekolah .

Walaupun macam mana sekalipun tibanya hari baru , tahun baru , baju baru , handphone baru , kenangan lama kita memang tak boleh nak buang macam tuh je . Kenangan ketawa , rindu , sayang , menangis , sakit hati , kecewa bukan senang nak lupa . Alalala ayat orang bercinta sikit . Hahaha . Cakap pasal handphone baru . Jelesss tgk orang pakai handphone yang touchskrin tuh . Nak jugakk ! Papa aku ingat ke tak janji dia tuh nak beli untuk aku ? Ya Allah , lembutkan laa hati Papa untuk belikan kepada aku , Amin . Doakan untuk aku sekali , mana tahu jadi ke . Kan ? Hikhik . Err nak beli samsung tab or ipad ? Skrin besar tuh , luas pemandangan aku nanti . Tapi iphone nampak comel je , sesuai pulak untuk perempuan macam aku ni . Alaaa HTC nampak smart je . Err -,- . Hambikk berangan bukan main , nak beli entah bilaa . Papa , tolong belikan satu untuk anak perempuan mu satu satunya :( .

Tahun baru mesti azam baru kan ? Azam baru aku satu je dalam banyak banyak azam dekat dunia . NAK MASUK UNIVERSITI TAHUN INI ! NOKTAH !

Okayy sudah cukup sudah aku menaip . Aku nak tidur , 10minit tepat pukul 12 bemakna dah hari ketiga untuk tahun 2013 . Jadi sempat lagi kot aku nak wish ni haa untuk korang .

Selamat Tahun Baru , semoga tercapai impian dan cita cita anda dan jugak AKU, hikhik . Dan berbahagia disamping keluarga tersayang .




 " 2013 sayang , please love me as I love 2012 and be nice to me . Walaupun 2012 banyak buat aku menangis tapi aku harap 2013 tak macam tuh . Okay ? Sayang sikit , Xoxo ♥  "






Yeah ! Bukan calon SPM lagi ..

Assalamualaikum dan hai hai hai ..

Macam bertahun tahun lama rasanya tak menghadap blog kesayangan aku ni . Tapi nasib baik , semua nampak sama seperti aku tinggalkan dulu . Tinggalkan ? Kejam je  bunyi . Tak tak tak . Aku terpaksa tinggalkan sementara je . Okay sementara . Yesssss lepas ni , tak akan ada yang menghalang aku lagi untuk menatap blog aku lama lama lepas tu taip entry baru lepas tu skodeng blog orang tu blog orang ni . Okay dah banyak lepas tu aku taip laaa . 

Haa ni mesti tertanya tanya kenapa title aku macam tu . Okay , sila baca sekali lagi title tu . Yeahhhhh ! Aku bukan calon SPM lagi . Gembira sakan je aku . Mana tak sakan ehh , tak perlu bangun awal pagi setiap hari pergi gosok baju sekolah lepas tu datang sekolah awal pagi sampai tengah hari . Ohh itu semua zaman dulu .
Secara rasminya pada duapuluhlapan november duaribuduabelas , aku sudah tamat menduduki peperiksaan SPM . Saje je taknak tulis dalam nombor . Malas pulak nak cari nombor dekat keyboard aku ni . Hehehe .

Ada lebih kurang 3 bulan aku cuti sebelum aku tengok berapa result aku dapat selepas dengan semangat aku menjawab . Habis je exam , mama aku ajak pergi kuantan . Ohh buat apa ? Shopping laa , apa lagi . Ha'aa nak release tension kata kan . Cehhh macam tu sekali bunyi . Teruk sangat ke jadi student ni ? Yang tu boleh jawab sendiri .

Now bila dah rasmi bukan budak sekolah lagi , aku beritahu dekat papa yang aku nak beli novel . Nak tahu papa aku jawab pe ? " Ikut pandai lah . " Ohh lega bila dengar . Kenapa lega ? Yela sebelum ni aku minta beli novel , bukan main berleter dekat aku . Blah blah blah . Err sekarang aku nak buat apa apa pun macam tak ada yang marah je . Yesssss GOOD FOR ME ! Haa aku taip besar besar tu , bangga ni . Hahaha .

Ohh nanti nak buat lesen kereta . Alahai tak sabar pulak aku nak bawak kereta pergi jalan jalan . Eeeiii bestnya . Tak sabar tak sabar ! Hahaha .

Time tengah sesenang hati menaip . Tettt one message received from My Mama . * Nak daftar aku belajar bawa kereta . Ohh yeah ohh yeah . Hahaha macam tu sekali . Cehhh bagai ~


*MINI COOPER S

Kereta ni ? Nampak comel kan ..
Aku nak sangat bawak kereta ni pusing satu bandar Kuala Terengganu . Arh tak larat aku bawak jalan jauh jauh . 

Mama , i want thisss ! Please ? >,<

Okay itu aje pun nak beritahu yang aku suka suka suka suka suka kereta comel ini . Alahai ........









Mesti tertanya siapa ni ? 

Yang pasti bukan boyfriend aku , bukan kawan aku and musuh aku . Hahaha . Tak laaa adik aku or also as teman segaduh aku . Hehehe


Orang kata , nanti mesti rindu zaman sekolah . Ouh yeke ? Okay kita tengok aku rindu tak zaman sekolah aku nanti . 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...